Total Pageviews

Monday 21 November 2016

artikel islami "Balasan Azab Untuk Perempuan Tidak Menutup Aurat"

Dan katakanlah kepada perempuan-
perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka,
dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya
Dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-
orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan, dan
janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka,
dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, Wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya. (Surah
An Nur Ayat 31)
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua
golongan dari ahli neraka yang belum
pernah saya lihat keduanya itu:
1. Kaum yang membawa cambuk
seperti ekor sapi yang mereka pakai
buat memukul orang (penguasa yang
kejam).
2. Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang
cenderung kepada perbuatan maksiat
dan mencenderungkan orang lain
kepada perbuatan maksiat, rambutnya
sebesar punuk unta. Mereka ini tidak
akan boleh masuk syurga, serta tidak
dapat akan mencium bau syurga,
padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian.
(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar
larangan Allah, ialah azab yang amat
pedih, antaranya balasan wanita yang
membuka rambut kepalanya selain
suaminya, akan digantung dengan
rambutnya di atas api neraka sehingga
menggelegak otaknya, berterusan
selama ia tidak menutupnya. Dada
yang sengaja dibuka atau ditonjolkan
supaya kelihatan seksi, akan di
gantung atas api neraka dengan pusat
dan buah dadanya diikat dengan
rantai neraka sebagai penggantungnya
betis dan paha yang terselak-selak,
sedia untuk dipanggang, pedihnya
tidak terkira.
Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta
pertolongan tetapi tiada yang sanggup
membantu. Gambaran balasan wanita
yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya,
otaknya menggelegak dalam periuk.
Balasan wanita yang tidak menutup
auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi,
badannya seperti kaldai dan menerima
berbagai balasan wanita yang suka
membuat fitnah, bermusuh dengan
jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan
memamah isi perutnya sendiri. Balasan
wanita yang mengoda dan
menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik
kemaluannya ke depan dan ke
belakang serta dilontar mukanya ke api
neraka. Kemudian ditarik dan dipukul
hingga keluar api dari badannya.
Balasan orang yang membesarkan diri
dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi
pembakar daging dari duburnya, keluar
hingga ke mulutnya. Balasan orang
yang membuat fitnah, mengejek dan
mencaci.
7. Wanita tergantung rambutnya di
pohon Zakkum, api neraka
membakarnya lalu kering kecut
dagingnya terbakar. Balasan wanita
yang minum ubat untuk membunuh
janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api
neraka, mulutnya terbuka luas, keluar
api dari perutnya. Balasan wanita yang
menjadi penyanyi tidak sempat
bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api
ke dalam perut dari duburnya lalu
keluar dari mulut. Balasan orang yang
makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya
terbenam dalam api, dituang pula air
panas ke badannya lalu melecur
seluruh tubuhnya. Balasan orang yang
berusaha ke arah pergaduhan sesama
manusia.

Sumber : https://www.facebook.com/dayhaetdch.naxmhoedcmnccrycntaasjtyy/posts/827193857410492

No comments:

Post a Comment